Suara dan data Talian_Pelanggan_Digital

Membezakan DSL & Dailan

DSL (VDSL) pada kebiasaanya bekerja dengan membahagikan frekuensi yang digunakan dalam talian-telefon tunggal kepada dua "jalur" utama. Data ISP menggunakan jalur frekuensi tinggi (25 kHz ke atas) manakala suara menggunakan jalur frekuensi rendah (4 kHz ke bawah). (Lihat rencana ADSL untuk maklumat mengenai pembahagian separa jalur berfrekuensi tinggi). Pengguna umumnya memasang penapis DSL pada setiap alur keluar telefon. Dengan ini, frekuensi-frekuensi tinggi daripada talian telefon ditapis supaya telefon menghantar atau menerima frekuensi-frekuensi yang lebih rendah sahaja, dan pengguna cuma akan mendengar suara manusia. Modem DSL dan peralatan telefon biasa boleh digunakan serentak pada talian tersebut tanpa sebarang gangguan antara satu sama lain, dengan syarat kesemua peranti suara menggunakan penapis.